Halal Airlines

Dear my brothers and sister. I have prepared a list of Airlines that offer halal foods based on my own experiences, research and my acquaintance. However this list may not cover all other airlines that offer similar services.

Full Halal Foods With No Alcohol Served

  1. AirAsia
  2. Malindo Air
  3. Kuwait Airways
  4. Royal Brunei Airlines
  5. Air Senegal
  6. Pakistan International Airlines
  7. Air Blue
  8. Shaheen Air International
  9. Air India

 

Full Halal Foods But Served Alcohol

  1. Malaysia Airlines
  2. Garuda Indonesia
  3. Emirates
  4. Etihad Airways
  5. Royal Jordanian

 

Serves Halal Foods Upon Request

  1. Air China
  2. Singapore Airlines
  3. Cathay Dragon
  4. JetLite
  5. United Airlines
  6. Delta Air Lines
  7. American Airlines
  8. Virgin Australia
  9. Thai Airways
  10. Bangkok Airways
  11. Vietnam Airlines
  12. Silk Air
  13. British Airways
  14. Korean Air
  15. Qantas Airways
  16. Jet Airways

Updated on 5th July 2018

Singapore Trip 2019 Part 2 – Tips Di Universal Studios Singapore

Sekiranya anda belum membaca tentang trip ni dalam entri sebelumnya, anda boleh baca di entri Singapore Trip 2019 Part 1 dahulu.

Di hadapan Globe Universal Studios Singapore
Di hadapan Globe Universal Studios Singapore

Day 2

Hari kedua di Singapore adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh saya dan rakan saya. Masa untuk menggila di Universal Studios Singapore (USS)! Harga tiket masuk kami boleh rujuk di sini.

Sebelum memulakan perjalanan di Singapura, saya galakkan anda untuk menggunakan website gothere.sg kerana website ini akan membantu anda untuk menyemak cara terbaik untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam Singapura menggunakan public transport atau membawa kenderaan sendiri (selain menggunakna applikasi Waze). Saya juga double check dengan Google Map dan aplikasi Maps di dalam iOS iPhone. Cara terbaik bergerak dari hostel kami, Backpacker Cozy Corner Guesthouse yang terletak di North Bridge Road adalah dengan menaiki bas. Kami hanya perlu menunggu bas di hentian bas yang betul – betul terletak di sebelah hostel kami. Tak sampai 1 minit bergerak dari bilik ke hentian bas.

Hari kedua, kami mula mengaktifkan kad Tourist Pass kami. Memulakan perjalanan seawal pukul 7.15 am, kami menaiki bas bernombor 80 dan menuju ke VivoCity. Satu masalah tentang menaiki bas adalah, you know where to go and the name of the bus stop, but you don’t know when to press the bell. Melainkan anda familiar dengan jalan tersebut, tidak menjadi masalah. Di dalam website gothere.sg, memang ada tertulis berapa jumlah bus stop kita kena lalu sebelum sampai ke tempat kita patut berhenti. Tetapi ada risiko kita terlepas pandang hentian dalam kita buat kiraan tersebut. So, pepatah ada menyebut “Malu bertanya, sesat jalan”. Makanya kami pun meminta pertolongan bus driver untuk berhenti di VivoCity.

Bas memang berhenti betul-betul di hadapan VivoCity, sebuah shopping complex. Ada dua cara menggunakan public transport untuk ke Sentosa Island selain menggunakan taxi atau Grab; Sentosa Express Monorail atau menggunakan bas. Adalah diingatkan bahawa Tourist Pass tidak dapat digunakan untuk public transportation masuk ke Sentosa Island. Oleh hal yang demikian, kami memilih untuk menaiki Sentosa Express Monorail kerana lebih mudah dan cepat. Tiket kami dah tempah awal melalui aplikasi Klook. Harga boleh rujuk di entri part 1.

Masuk sahaja VivoCity, terus naik ke tingkat atas sekali untuk access ke  Sentosa Express Monorail. Pergi ke kaunter untuk redeem tiket. Hanya tunjuk sahaja tiket online yang terdapat di dalam aplikasi Klook dan mereka akan memberi physical ticket. Simpan tiket tersebut elok-elok kerana tiket yang diberikan adalah return ticket! Jaraknya cuma satu station sahaja iaitu berhenti di Waterfront Station, hanya beberapa minit dari Sentosa Station. Turun dari Waterfront Station, walllaaahhh sampai sudah Universal Studios!

Kami sampai tepat pada pukul 8 pagi. Kakak tak ikut sekali, jadi kami hanya berdua. Seorang lagi rakan kami akan ikut serta bersama dengan rakannya kemudian. Makanya kami bergambar terlebih dahulu di hadapan Universal Studios’ Globe! Orang tak ramai memang heaven mengambil gambar masa ini kerana tidak berebut spot untuk bergambar. Selesai bergambar, kami sarapan dahulu. Sarapan kami dah tapau siap-siap dari 7-eleven yang terletak di bangunan bersebelahan dengan hostel kami.

Lebih kurang pukul 9 am, orang sudah mula membanjiri pintu masuk USS. Kebanyakannya adalah rombongan yang menaiki bas. Kami pun mula berbaris di kaunter untuk membeli Express Pass. Kaunter tiket mula buka pada pukul 9 am.

Tepat jam 10 am, kami mula memasuki USS dan oleh kerana kami memiliki Express Pass, kami melalui laluan khas untuk pemegang Express Pass. Dan, pengembaraan kami pun bermula! Oleh kerana kami sangat kusyuk bermain, maka saya hanya update tips-tips penting sahaja ketika berada di USS. So, ini summary saya.

  1. Kami pergi pada hari Sabtu. Ketika itu, waktu operasi adalah dari pukul 10 am – 10 pm.
  2. Map boleh didapati di pintu masuk USS selepas anda melepasi turnstile. Ambil map dahulu untuk memudahkan pelan aktiviti anda.
  3. Express Pass juga ada dijual di bahagian dalam USS. Sila cari papan tanda kedai yang ada jual Express Pass.
  4. Kami berada di USS dari 8 am – 8 pm. Ada surau terletak berdekatan dengan Ride Human dan Cylon. Ada kemudahan berwudhu, tetapi telekung tidak disediakan.
  5. Tak boleh bawa makanan luar masuk USS. Mereka akan check beg. Tetapi ini terpulang pada nasib. Masa kami sampai, beg kami tak kena check. Tapi sebelum ini, beg sahabat kami kena check. So, it’s up to you if you wanna take some risk to bring food in!
  6. Sila bawa botol kosong untuk isi air. Di dalam USS ada banyak drinking fountainSo, boleh je refill air. Kena bawa tau. Sebab panas lit lit! 
  7. Toilet tidak sediakan air. Air hanya disediakan di sinki. Maka kena bawa botol kosong kalau mahu menggunakan toilet.
  8. Tidak semua kedai makanan di dalam USS mendapat pengiktirafan halal. Ada beberapa buah kedai mendapat pengiktirafan halal dan terdapat logo Halal Singapura di hadapan kedai. Boleh rujuk map. Ada tanda halal di hujung nama restoran.
  9. Makanan kat situ dalam belasan SGD. Portion dia agak besar. Boleh share. Kami beli saiz medium dan share 2 orang. Exited nak main, selera makan agak kurang. Cup minuman yang anda dapat dari restoran atau mana-mana kedai minuman, sila jangan buang. Nanti kalau nak beli air, harga dia lebih murah kalau refill berbanding dengan beli baru.
  10. Sila bawa payung atau topi. Jangan lupa, Singapore juga negara khatulistiwa. Bayangkan panasnya apabila matahari tegak di atas kepala.
  11. Bawa baju hujan. Ada permainan yang akan membuatkan anda basah. Kalau mahu beli di USS pun boleh, harga paling murah SGD5 (~ RM15).
  12. Locker ada disediakan. Permainan yang mewajibkan anda menyimpan barang di locker adalah percuma tetapi mempunyai had masa. Ada yang 45 minit, ada yang 90 minit dan sebagainya. Sekiranya melebihi had masa, locker anda akan dikenakan bayaran bermula dengan harga SGD4. Ada juga permainan yang sekadar menggalakkan anda menyimpan barang di locker kerana khuatir basah etc. Locker ini dikenakan bayaran dan tidak percuma. Kami bawa sahaja masuk sebab tidak wajib simpan. Cuma barang kami basah kerana terlupa bawa baju hujan.
  13. Dinasihatkan memakai kasut supaya nanti tak berkaki ayam bila menaiki ride yang tunggang terbalik.
  14. Untuk yang ada motion sickness dan mahu mencuba permainan yang agak lasak, adalah lebih baik dinasihatkan memakan pil mabuk. Kalau tak nak makan pil mabuk, mungkin kena berehat sebentar selepas ride yang lasak sebelum menaiki ride lasak yang lain.
  15. Kebanyakkan pengunjung datang dengan menggunakan bas secara rombongan. Kumpulan ini biasanya mula bergerak meninggalkan USS seawal pukul 5 pm – 6 pm. Sekiranya anda bercadang untuk mengikuti rombongan, sila rancang masa anda dengan baik jika mahu mencuba untuk bermain semua permainan. Adalah dinasihatkan untuk mengambil Express Pass bagi menjimatkan masa.
  16. Oleh kerana pengunjung sudah berkurangan seawal pukul 6 pm, barisan pada ride yang popular juga sudah menjadi semakin pendek. Sekiranya anda tidak memiliki Express Pass atau mahu mencuba menaikinya sekali lagi, waktu selepas pukul 6 pm hingga malam adalah waktu yang sesuai jika tidak mahu menunggu lama.
  17. Anda boleh juga guna Single Ride Lane. Lane ini juga pantas seperti Express Pass. Cuma, sekiranya anda datang bersama rakan, bersedia untuk berpisah dengan rakan anda. Kalau datang berseorangan, adalah lebih baik menggunakan Single Rider Lane.

Ini sahaja update saya untuk hari kedua saya berada di Singapura. Apa sahaja yang berlaku selepas pukul 8 pm hanya dapat saya rangkumkan sebagai PENAT YANG AMAT. Kami menaiki bas nombor 80 juga untuk pulang ke hostel tetapi berhenti di hadapan Bugis Street yang sangat popular. Hostel kami hanya terletak di jalan bersebelahan laluan tersebut.

Untuk hari ketiga, saya akan ceritakan di entri yang seterusnya. Saya harap tips saya ini banyak membantu anda! Jumpa di entri yang seterusnya!

FC76FADB-F6F0-492F-8CD5-7C8B04B9683F
Ride Human dan Cylon
F2ED966F-B53E-48C4-811B-05D10625E00C
Sekali sekala, character akan keluar. Ambil peluang untuk bergambar.
F11E4C37-75F7-45F6-9D0C-6FE118B0B3A3
Jangan lupa untuk bergambar sekali sekala.
CEC6F794-D702-4B6D-9239-A9F3D86861CF
Di bahagian Far Far Away, kami berjumpa dengan Pinocchio.

Singapore Trip 2019 Part 1

USS Entrance
Dihadapan pintu masuk Universal Studios Singapore.

Trip ke Singapore adalah trip yang tidak dirancang. Sekadar plan hujung minggu untuk melepaskan stress. Pada ketika itu, saya sangat sibuk dan plan saya serta rakan saya hanyalah berdasarkan research yang sangat sedikit. Keadaan ini telah membuatkan kami ‘main redah’ dan ianya merupakan pengalaman yang sangat menarik. Akan tetapi, ‘main redah’ ni ada risikonya; risiko terlebih berbelanja kerana banyak unexpected expenses. Tetapi bagi saya, ‘redah’ sahaja ini memberi pengalaman yang berharga kerana kita tidak strict kepada satu plan sahaja.

Kami merancang untuk pergi ke Singapore pada 1 Mac 2019. Asalnya hanya pergi berdua. Entah kenapa, kami merasakan untuk membawa lebih ramai lagi peserta kerana ianya boleh membantu mengurangkan kos. Maka, kami pun membawa seorang kakak yang berusia 52 tahun. Juga seorang kaki travel, cuma cara orang lama.

As usual, langkah pertama untuk travel adalah beli tiket perjalanan. Samada tiket penerbangan, tiket bas, keretapi atau sebagainya. Selagi tiket tak dibeli, alamatnya, plan hanyalah cerita di kedai kopi semata. It is traveller’s main rule. 

Pembelian Ticket Secara Online

Ketika itu AirAsia sedang membuat jualan tiket murah. So, tiket kami dari Kuching ke Singapore hanya berharga RM39 one way. Ini adalah harga basic tanpa luggage dan makanan. Perjalanan hanya memakan masa sejam lebih, so kami tidak memerlukan sebarang in flight meals. And of course kami sebagai backpacker, tak memerlukan sebarang luggage. Kakak pula membawa trolley suitcase yang dijadikan sebagai hand carry luggage. Disebabkan tiket perjalanan pulang dari Singapore ke Kuching agak mahal, kami memilih untuk pulang dari Johor Bahru (JB). Tiket perjalanan pulang dari JB pula hanya berharga RM69 seorang. So, total keseluruhan tiket kami adalah RM108 seorang. Murah bukan?

Untuk trip Singapore ini, main reason kami adalah untuk pergi ke Universal Studios Singapore (USS) dan melawat Garden by the Bay. Tempat lain kami senaraikan sebagai ‘kalau sempat’. So, entrance ticket basically kami beli di applikasi Klook dan Traveloka. Kami membuat comparison harga di banyak website dan applikasi sebelum akhirnya memilih kedua applikasi ini sebagai pilihan. Of course kami mencari discount code or coupon code terlebih dahulu. Ini adalah summary untuk pembelian tiket sebelum kami berangkat.

Flight Ticket (AirAsia Website) =  RM108

USS (Traveloka with discount code) = RM152.97

Garden by the Bay (Klook) = RM69 (tak sempat pakai discount code RM20 sebab dah expired. Ni cover Flower Dome dan Cloud Forest sahaja)

Sentosa Express Train = RM12 (member dapat unique code untuk dia seorang sahaja dapat discount RM12. So dia dapat tiket ni free. Sentosa Express Train tak boleh pakai Tourist Pass. So, memang kena beli asing. Sentosa Express ni adalah salah satu cara ke Sentosa Island selain menggunakan bas)

Kenapa Perlu Beli Express Pass di USS?

Yang lain-lain, kami beli di kaunter sahaja kerana lebih murah dan mudah. USS Express Pass kami beli di kaunter sebab lebih murah berbanding beli di applikasi. Cuma SGD 50 ~ RM151 sahaja. Kalau di applikasi, harganya paling murah kami jumpa adalah RM179 seorang. Nasihat saya, Express Pass itu sangat penting. Semasa saya pergi ke Universal Studios Japan, saya telah menghabiskan masa selama 3 jam lamanya untuk naik Fyling Dinsour. Rides yang famous memang cecah sejam lebih masa menunggu. Kalau dah bayar tiket masuk mahal-mahal, of course lah kita nak manfaatkan kesemua permaianan yang ada kan? Masa di USS, permainan Cylon, Human dan Transformers yang paling diminati ramai. Mengikut pengalaman saya, masa berbaris mencecah 1 jam lamanya. Namun ketika jam sudah menghampiri 6 pm, visitors semakin sedikit dan waiting time semakin pendek. Ini kerana kebanyakkan visitors datang secara rombongan menaiki bas dan mereka mula meninggalkan theme park seawal pukul 5 petang. So, kalau anda menaiki bas ke sini, adalah sangat penting anda memiliki pass ini kerana waktu anda adalah lebih singkat. Saya spend masa dari 10 am – 8 pm di USS. Jangan risau, ada surau berdekatan dengan ride Cylon. Tetapi surau ini tiada telekung. So, kena bawa telekung sendiri atau lebih senang, pakai je pakaian yang tutup aurat yang boleh bawak solat. Tinggal bawa stokin bersih je.

Day 1

Sebelum berlepas ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sebelum berlepas ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Flight dari Kuching ke Singapore berangkat pada pukul 5.25 petang kerana saya masih bekerja pada sebelah paginya dan memohon cuti separuh hari. Kami dijadualkan sampai ke Changi Airport pada pukul 7 pm, akan tetapi flight kami sampai awal 20 minit dan mencecah bumi Singapura pada pukul 6.40 pm. Sampai sahaja kami di airport, setelah selesai urursan immigration, kami sempat mengambil sedikit gambar kenangan kerana kami tiba di Changi Terminal 4, antara terminal terbaru di Changi Airport. Konsepnya adalah kehijauan. Tanpa membuang terlalu banyak masa di Terminal 4, kami terpaksa ke Terminal 2 kerana di situ terletaknya kaunter penjualan kad Tourist Pass. Untuk bergerak dari Terminal 4 ke Terminal 2, ada shuttle bus percuma disediakan. Cari tempat menunggu bas yang berada tidak jauh dari pintu keluar International Arrival. Sampai sahaja Terminal 2, Kaunter tersebut terletak di tingkat bawah Terminal 2, berdekatan dengan station MRT. So, ikut je arah ke station MRT. Kenapa kami pilih Tourist Pass dan bukan Ez Link card, kerana ianya lebih murah dan unlimited untuk keadaan kami yang banyak bergerak. Deposit untuk Ez Link adalah tidak dikembalikan manakala deposit Tourist Pass boleh dikembalikan di kaunter yang terpilih. Deposit untuk Tourist Pass adalah sebanyak SGD10.

Harga kad bermula dengan harga SGD10 untuk satu hari, SGD 16 untuk 2 hari dan SGD 20 untuk 3 hari. Kiraan hari bermula di saat kita scan untuk pertama kali kad secara berturutan hari dan akan tamat pada pukul 11.59 pm hari terakhir. Kalau scan pada pukul 10 pm, kiraan untuk hari pertama hanya tinggal 2 jam sahaja sebelum masuk hari kedua. Kami memilih untuk mengambil pakej 2 days pass. Hari pertama kami ingin mencuba menggunakan perkhidmatan Grab kerana kami bertiga dan kos boleh dibahagikan 3 (Yes, kos lebih mahal dari pakai Tourist Pass).

Terminal 4, Changi Airport, Singapore
Terminal 4, Changi Airport, Singapore

Setelah selesai pembelian Tourist Pass, kami terus memesan Grab untuk ke hostel kami, Backpacker Cozy Corner Guesthouse yang terletak di North Bridge Road, berhadapan dengan Bugis Junction. Dekat dengan Bugis MRT Station, Bugis Street dan Arab Street. Semuanya walking distance. Jumlah tambang Grab adalah SGD16.

Selepas check in, kami diberi selimut seorang satu. Kami terpaksa meminta diberikan tuala dan tuala adalah servis tambahan tetapi diberikan secara percuma. Toilet di luar bilik dan pintu dikunci secara automatic dan perlu scan card untuk membuka pintu. Kami rehat untuk beberapa minit sebelum memulakan langkah kami ke Arab Street. Perjalannya mengambil masa 5 – 7 minit jalan kaki sahaja. Diingatkan bahawa, di Singapore tidak boleh melintas jalan seperti tu sahaja. Kena ikut zebra crossing dan menunggu giliran untuk melintas jalan.

Di Arab Street inilah terletaknya Masjid Sultan. Terdapat banyak kedai makanan arab dan berasaskan konsep timur tengah. Range harga pun boleh tahan mahalnya. Ada juga beberapa kedai makan yang tidak terlalu mahal di bawah harga SGD10. Di seberang jalan Masjid Sultan terletak restoran yang popular iaitu Singapore Zam Zam dan Victory Restaurant. Kami tidak bercadang untuk makan di Arab Street, lalu kami memesan Grab untuk pergi ke Newton Food Centre dari Arab Street dengan kos sebanyak SGD10. Kalau nak naik MRT juga boleh, naik dari Bugis Station ke Newton Station. Di Newton Food Centre, ianya adalah pusat makanan laut dan di sinilah salah satu scene Crazy Rich Asian ketika mereka makan street food. Kat sini ada beberapa kedai halal. Boleh jumpa logo halal rasmi Singapura di hadapan kedai. Range harga makanan adalah serendah SGD4 – puluhan Dollar Singapura.

Selesai makan, kami terus bergerak balik ke hostel dengan menaiki Grab. Kos Grab adalah SGD15 tetapi saya redeemed Grab points dan mendapat diskaun sebanyak SGD5.

Tamatlah aktiviti hari pertama di Singapura. Saya akan sambung hari ke-2 dan ke-3 dalam entri seterusnya.

Iceland, Germany & Switzerland trip murah selama 15 Hari – Part 1

Aurora merupakan tarikan utama Iceland selain dari bentuk muka buminya yang begitu indah. ramai yang ingin ke Iceland tetapi ramai yang memikirkan perbelanjaan nya yang mahal. Ya, Iceland merupakan destinasi yang sangat mahal. Kebanyakkan pakej bajet yang disediakan mencecah RM7K – RM8K hanya untuk 7 hari sahaja. Dan kebanyakkannya mencecah belasan ribu ringgit untuk pakej yang selesa.

Bagaimana saya lakukan dengan jumlah yang sama, tetapi saya pergi selama 15 hari ke 3 buah negara yang berlainan?

Ikuti itinerary saya dan saya akan tulis secara event chronology. Notes: Saya pergi ke Iceland seramai tiga orang dan Germany serta Switzerland seramai 2 orang sahaja.

 

Tempahan Tiket

Segalanya mesti bermula dengan membeli tiket penerbangan. Percayalah, melalui pengalaman dan plan bersama teman travel saya, selagi kita tidak membeli tiket penerbangan, selagi itulah trip plan hanyalah cerita Mat Jenin.

Saya mula membuat research pada bulan March 2016. Saya kebiasaanya akan membeli tiket di Skyscanner. Ini merupakan search engine saya yang paling utama. 95% pembelian tiket penerbangan saya adalah melalui carian saya di Skyscanner. Dan persoalan yang akan timbul ketika mahu membeli tiket penerbangan adalah BILA? Bila tarikh yang sesuai?

Normally saya akan menggunakan fungsi carian bebas. Saya akan pilih From Malaysia instead of from Kuala Lumpur  dan akan memilih To Everywhere, serta memilih Cheapest Month untuk return ticket. Cara ini akan membantu kita melihat trip paling murah dari Malaysia ke mana sahaja di dunia. Oleh kerana saya dah ada pilihan negara yang saya ingin pergi iaitu Iceland, maka saya menulis To Iceland (boleh pilih specific city or airport tetapi disebabkan mahu melihat option mana yang lebih murah, maka saya memilih Iceland secara general). Melalui carian tersebut, tarikh yang paling murah adalah pada bulan February, 2017. Saya tak ingat masa tu, flight tersebut transit di negara mana. Yang pastinya bukan Germany.

Dalam masa yang sama saya membuat juga research penerbangan ke negara Eropah yang paling murah dari Malaysia. Ternyata ketika itu tiket yang paling murah adalah ke Frankfurt, Germany. Selepas itu saya check, sekiranya ada penerbangan dari Frankfurt ke Iceland. Yes!! Ternyata ada. Maka saya pun mula membuat kira-kira saya sendiri. Penerbangan melalui Frankfurt (return ticket) adalah option paling murah pada ketika itu (harga akan berubah-rubah dan begitu juga transit option. Maka kena selalu buat research).

Selepas berbincang dengan sepupu saya, (Travel buddy saya untuk trip ini) kami bersetuju dengan route yang saya pilih dan memilih untuk pergi di bulan December 2016. Harganya sedikit mahal berbanding dengan February 2017 (kerana musim Christmas Holiday), tetapi oleh kerana kami mahu trip tersebut dilaksanakan dalam tahun 2016, maka kami memilih tarikh tersebut dan pulang pada January 2017.

Kami tidak memilih tarikh tersebut sebarangan. Oleh kerana hasrat utama kami ke Iceland adalah kerana ingin mencari Aurora Borealis atau juga lebih dikenali sebagai northern lights, musim terbaik adalah ketika musim sejuk iaitu dari bulan Disember sehingga bulan hujung bulan Februari. Kerana ketika ini, langit malamnya adalah sangat gelap dan awan tidak terbentuk. Untuk aurora terbentuk, ianya memerlukan keadaan yang sangat gelap tanpa awan dan pencemaran cahaya seperti cahaya bulan dan bandar yang terang, akan melemahkan cahaya aurora. Maka kami mengelak tarikh musim bulan mengambang (elak tengah bulan Islam/Chinese Calendar). Tarikh yang kami pilih adalah 24 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016 (8 hari sahaja) untuk Iceland trip. Kenapa kami tak teruskan sehingga hari ke 15?  Sebab pada ketika itu, itulah Europe trip saya yang pertama (sepupu saya dah banyak kali ke Europe), maka kami memilih untuk menghabiskan hari yang seterusnya melakukan road trip dari Frankfurt, Germany turun sehingga ke Zermatt, Switzerland dan patah balik ke Frankfurt.

Ini rumusan pembelian tiket penerbangan kami yang kami beli pada bulan April 2016. (Research buatkan kami delay beli tiket dan harga tiket telah meningkat. Tambahan lagi musim cuti Christmas. Soobssss).

  • Vietnam Airlines: Kuala Lumpur – Frankfurt – Kuala Lumpur = RM2085 (Option paling murah yang dijumpai adalah RM1400 – RM1600)
    • 23 Disember 2016 – 6 Januari 2017 (Sampai Malaysia 7 Januari 2017)
  • Icelandair: Frankfurt – Reykjavik – Frankfurt = RM1804.85 (Option paling murah yang dijumpai adalah RM1500)
    • 24 Disember 2016 – 31 Disember 2016

GRAND TOTAL UNTUK TIKET PENERBANGAN = RM3829.66 (Total harga paling murah yang dijumpai adalah lebih kurang RM2900 – RM3100, return ticket)

Saya akan sambung booking saya yang seterusnya termasuk accommodation dan car rental dalam entri seterusnya. Dan ada cerita pertukaran last minute penerbangan kami dari Frankfurt ke Reykjavik 5 bulan sebelum kami fly oleh pihak airlines!! Nak korek balik info ni memang makan masa.  So, see you in my next entry!! 

Bagaimana Untuk Berhenti Memberi Alasan Bagi Memulakan Langkah Untuk Travel? (Atau apa sahaja dalam kehidupan)

EBQR0635 (1)
Saya tidak pernah sangka yang saya akan sampai ke Iceland. Jauh terfikir saya akan mampu sampai ke sini. Tetapi, inilah antara destinasi impian dan saya cari cara untuk sampai ke sini.

Masih ingat lagi azam tahun baru anda? Cuba list balik azam anda. Nak kurus? Nak membaca lebih banyak buku yang bermanfaat? Nak simpan lagi banyak duit? Ada tak, di antara azam anda telah anda capai?

Tetapi, tanpa perlu menjadi ahli nujum, saya tahu; kebarangkalian besar ramai di antara anda belum mencapai azam tahun baru anda. Kan? (tersenyum sendiri ke tu?)

Masa akan berlalu, dan semangat serta keterujaan anda akan semakin pudar. Sudah pasti anda dah susunkan alasan-alasan kenapa azam anda tersebut tidak lagi dicapai atau diteruskan.

“Takde masa nak pergi gym.”

“Sibuk sangat, takde masa nak membaca.”

“Harga barang sekarang mahal sangat. Mana mampu nak simpan duit.”

Tidak bertindak adalah tindakan yang paling senang. Tidak berbuat apa-apa memerlukan kerja yang lebih sedikit dari melakukan sesuatu. Bila kita mula merasa bersalah, maka kita mula mencipta alasan untuk untuk justify kelemahan kita tersebut.

Tiada siapa mahu berkata pada diri sendiri dan mengatakan dirinya gagal. So, kita cipta ‘mitos’ supaya kita tidak rasa bersalah kerana tidak mencapai expectation diri kita sendiri. To make us feel better and not like a disappointment.

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya boleh travel. Dan mereka ini jugalah sering memberi alasan kepada saya:

“Aku takde duit.”

“Aku takde duit yang cukup untuk menyimpan.”

“Gaji aku kecik je. Mana mampu.”

“Tiket flight tu mahal ok.”

“Matawang Malaysia ni kecik sangat berbanding dengan matawang negara luar.”

“Ala, takde sesiapa nak teman aku travel.

Biasa tak dengar alasan ini? Saya tidak mengatakan alasan ini hanyalah alasan dan tidak munasabah. ada di antaranya memang munasabah. Kita semua ada cabaran untuk berjaya. Setiap di antara kita ada masalah dan cabaran hidup masing-masing. Tidak semua orang memang betul-betul akan mampu untuk travel.

Tengok balik perjalanan hidup kita.

Kenapa mahu membiarkan kekangan tersebut menentukan hidup kita? Kenapa tidak kita jadi hero kepada diri kita sendiri dan mengalahkan kekangan tersebut? Bagaimana kalau sebenarnya nanti anda akan menjadi pengembara yang memiliki pengembaraan yang sangat awesome?

Sudah tiba masanya untuk kata pada diri sendiri, : “Ya, mengembara itu memang mahal. Tapi kalau semua orang yang aku tengok dekat sosial media tu boleh buat, maknanya, tidaklah sesusah manapun. Aku mungkin boleh tengok dulu. Google untuk dapatkan maklumat”.

Tak semua perkara kita tahu. Normal.

Ya, mungkin, ada kebarangkalian cara lain untuk membolehkan anda travel. Permulaannya mungkin tidak sama seperti orang lain. Dan sebenarnya, ada hasutan-hasutan jahat yang menyebabkan anda tidak berani mencuba!

So, sekarang kita ‘terbalikkan keadaan’.

“Aku takde duit……….Maka aku kena dapatkan duit.”

“Aku takde duit yang cukup untuk menyimpan…….. Maka aku kena ada plan untuk menyimpan yang sesuai dengan aku.”

“Gaji aku kecik je. Mana mampu…………. Maka aku kena cari duit lebih. Berniaga ke, jadi pemandu Grab pun boleh.”

“Tiket flight tu mahal ok……… Tapi aku boleh pergi ke tempat yang murah-murah dulu. Pakai bas pun apa salahnya. Naik flight yang murah-murah, aku boleh kumpul points dan redeem tiket yang lebih murah!”

“Matawang Malaysia ni kecik sangat berbanding dengan matawang negara luar………. Tapi ada je negera yang matawangnya lebih rendah dari Malaysia. Aku boleh ke negara tersebut. Pengalaman tu lagi penting!”

“Ala, takde sesiapa nak teman aku travel……… Takpe, aku boleh join tour yang murah-murah ala-ala bajet travel dan backpacker atau lebih senang, aku travel je sorang-sorang.”

Ya, memang travel tu memerlukan duit dan ianya memang mahal bagi sesetengah orang. Ya, tidak semua orang mampu.

Tapi dengan mindset yang negatif, kita tidak akan mengubah apa-apa. Tidak akan bergerak ke mana-mana malah kita mungkin akan berundur ke belakang. Berharap pada sesuatu tanpa tindakan tidak akan memberi kita apa yang kita harapkan.

Bertindak!

Ramai je manusia yang sudah travel mengelilingi dunia sekarang ni dulu juga mempunyai masalah dan kekangan yang hampir sama dengan orang lain. Yang membezakan mereka adalah mereka BERTINDAK untuk tidak terikat dengan kekangan tersebut.

Ramai di antara mereka menemui cara dan jalan untuk travel. Maknanya, tidak mustahil untuk anda travel melihat dunia. Kenapa tidak anda?

Mulakan langkah anda. Buat research. Research dan research! Malas tidak membawa sebarang kebahagiaan. Mulakan langkah pertama!

Jangan biarkan alasan anda mengalahkan anda. Jangan biarkan kekangan anda menang melawan impian anda.

Mula merancang.

Dan bila anda telah sampai ke destinasi idaman anda, kirimkan saya postcard!

Tips Bagaimana Nak Simpan Duit Untuk Travel / Melancong / Mengembara Kalau Awak Bukan Orang Kaya

Mahu mengembara melihat dunia? Ambik gambar yang cantik – cantik? Mengembara atau selalu dikaitkan dengan melancong untuk melihat dunia bukan hanya untuk orang kaya dan berduit sahaja. Anda pun boleh! Walaupun tidak perlu untuk menjadi orang kaya, tetapi anda perlu lebih kreatif untuk simpan duit dan travel. Ini adalah antara cara-cara yang saya, teman-teman serta kenalan saya lakukan.

Ada mitos yang membayangi rakyat Malaysia bahawa melancong ini hanya untuk orang kaya atau berduit. Apatah lagi melancong ke luar negara. Samada mereka ini datangnya dari keluarga yang kaya, bergaji besar, atau bertuah kerana memenangi pakej perlancongan, menang loteri dan sebagainya. Betul ke? Hmmmm..

Orang biasa atau rakyat marhaen tidak mampu untuk mengembara. Terlalu mahal dan mewah untuk kita……

Well, mitos. Jangan dibayangi dengan mitos ini. Jangan risau. Saya faham keadaan anda yang sama seperti saya. Dulu saya juga mempunyai pemikiran yang sama (ye la, sebab parents kita dulu zaman 60 an, 70 an dan 80 an, pergi ke daerah sebelah pun dah kira jauh. Apatah lagi ke negeri lain, dan apatah lagi keluar negara. Sebagai rakyat Malaysia yang tahun penghujung 90 an baru nak berkenalan dengan komputer dan internet, dulu saya juga beranggapan melancong tu untuk orang kaya sahaja dan mereka yang mempunyai keistimewaan. Masa tu, sebut je melancong, teringat orang pakai winter coat dan salji (siapa sama seperti saya?).

Sejak mengembara sendiri ketika waktu belajar (15 tahun yang lalu), segalanya berubah. Di sini saya mahu nyatakan bahawa mengembara melihat dunia ini tidak mustahil untuk orang seperti kita. Senyum.

Bagaimana Mahu Menyimpan Duit Untuk Travel/Melancong

Saya dulu pun blur cara nak simpan duit dan berbelanja. Malah terkadang tak cukup duit untuk perbelanjaan. Tapi dari situ saya belajar. Sebagai student saya tak guna pun duit PTPTN (saya ada pinjaman PTPTN je sebagai pembiayaan belajar selain ada bantuan sedikit dari parents sebab saya cuma dapat pinjaman separuh). Saya mengembara di dalam Malaysia terlebih dahulu dan pernah ke China waktu itu.

Tetapi kemuncak saya mengembara adalah ketika saya sudah bekerja kerana di sini baru saya betul-betul berbelanja serta menyimpan duit dengan cara yang betul.

Ye la, time belajar tungang-langgang jugaklah time tu nak berbelanja dan menyimpan duit.

Okay, ini formula saya dan pengalaman kenalan saya yang boleh membantu anda menabung untuk memulakan trip yang pertama atau trip anda yang seterusnya.

1: Bertanggungjawab dengan Kewangan Sendiri

Bukan saya nak judge cara anda menguruskan kewangan anda. Segalanya bermula di sini. Terpaksa diakui bahawa ini yang paling mempengaruhi status kewangan dan keupayaan kita berbelanja. Pernah ke zaman sekolah dahulu kita diajar dengan mendalam bagaimana hendak merancang kewangan? Kebanyakkan antara kita, mempunyai pengetahuan dan pendedahan yang kurang tentang perkara ini.

Pengurusan kewangan adalah kemahiran yang perlu dibelajar. Tetapi tidak ramai di antara kita yang mahir asas mengurus duit sehinggalah kita dewasa. Sebenarnya, pengalaman yang sama itu boleh digunakan untuk travel. Konsepnya sama sahaja. Contoh asas yang saya amalkan adalah (ini contoh sebahagian sahaja):

  1. Simpan dahulu baru belanja. Apa sahaja pendapatan seperti gaji, bonus, bisnes sampingan, pulangan cukai dan sebagainya, saya akan asingkan untuk simpanan terlebih dahulu. Minimum 20% – 30% dari hasil pendapatan. 10% – 20 % daripadanya pula saya simpan untuk travel. Ini tidak termasuk kiraan simpanan EPF. Ini adalah cash yang saya asingkan. Selebihnya barulah saya belanja untuk sara hidup. Sekiranya tiada keperluan untuk digunakan, saya akan simpan 100%.  Kadang – kadang saya akan buat kerja lebih  atau bisnes sampingan khas untuk travel sahaja. Kalau simpanan berlebih, boleh masukkan ke dalam simpanan kecemasan.
  2. Belanja bila perlu sahaja. Ini sangat penting. Sebelum membeli, tanya balik pada diri sendiri “Aku perlu tak barang ni? Aku dah ada tak barang ni? Kalau aku dah ada barang ni, membazir tak kalau aku beli? Aku akan betul-betul guna tak untuk tempoh yang panjang? Boleh tak aku survive dan teruskan urusan harian tanpa barang ni?” Guys, kebanyakkan barang yang kita beli sebenarnya adalah kehendak bukan keperluan. Kena strict dengan diri kita sendiri. Kalau bukan diri kita sendiri, siapa lagi?
  3. Berbelanja bukan mengikut kemampuan, tetapi di bawah kemampuan. Ini sering diajar oleh pakar pengurusan kewangan. Saya selalu cuba untuk mengikut jejak langkah ini dan kadangkala tewas (oh, tidaklah selalu). Sekiranya kita mampu membeli kereta berhara RM80,000, kita beli kereta berharga RM40,000. Sekiranya mampu membeli jam tangan berharga RM700, maka belilah jam tangan berharga RM100-RM200. Semakin besar periuk, semakin besarlah kerak nasinya sepatutnya hanyalah mitos semata. Maka, dengan cara ini kita akan memiliki lebih wang untuk disimpan.
  4. Sedekah. Jangan kedekut untuk sedekah. Sedekah note duit yang mempunyai nilai paling tinggi yang kita ada. Kalau masa tu ada note RM100, sedekah. Bukan cari duit kecik RM1 sebagai sedekah. Kalau anda kedekut nak share rezeki anda, kenapa anda rasa Allah kena bagi anda lebih? Kalau anda bagi seorang budak-budak sejumlah gula-gula, dan dia share dengan kawan-kawan dia, dan hanya ambik satu je gula-gula, anda rasa anda akan bagi lagi tak gula-gula kat dia? Kalau dia tak nak bagi kat kawan-kawan dia, simpan untuk diri sendiri sahaja, anda akan tambah tak gula-gula untuk dia? Simple. Sedekah tanpa rasa berat hati dan yakin rezeki itu dari Allah, hanya akan menambahkan rezeki anda.

Anda sebenarnya akan memberi komitmen jangka panjang yang sebenarnya susah untuk kita istiqomah atau tetap dalam amalan kita. Seperti yang saya katakan tadi, kena strict dengan diri kita sendiri. Kalau bukan diri kita sendiri, siapa lagi? Ianya memang sukar, memerlukan metaliti yang kuat dan pengorbanan yang tinggi. Oleh kerana itu tidak ramai yang berjaya. Mindset yang betul adalah segalanya!

Sekuat mana keinginan anda mahu melancong, mengembara melihat dunia? Tiada siapa yang akan lakukannya untuk anda serta menjadikannya suatu kenyataan. Ianya tanggungjawab anda sendiri sepenuhnya!

Ianya sebenarnya tidaklah sesukar mana jika memiliki mindset yang betul, tetapi expect ianya tidak akan terlalu mudah. Jika anda mampu membeli gadget dan handphone dengan harga ribuan ringgit, anda sebenarnya mampu untuk travel.

2. Jejak perbelanjaan anda

Wang itu sendiri tidaklah memeningkan kepala. Yang memeningkan kepala adalah pengurusan kewangan itu yang tidak efektif. Adakah anda berbelanja sahaja mengikut kehendak. Sehingga takut nak check balance duit dekat bank? Keadaan ini sebenarnya yang buat kita pening kepala.

Jalan penyelesaiannya mudah sahaja.

Ambil sedikit masa lapang dan semak semua account anda untuk mengetahui keadaan sebenar kewangan anda. Simpanan, keluar masuk duit anda itu dari mana dan ke mana.

Menjejaki perbelanjaan ini sangat penting untuk kita mengetahui perbelanjaan mana yang perlu dikurangkan atau malah terus disekat.

Ya, mungkin ramai di antara anda sering mendengar tentang perkara ini, tetapi adakah anda memang sering melakukannya? Perkara ini sangat penting untuk mengetahui apa dan berapa perbelanjaan anda setiap bulan dan berapa pula perbelanjaan anda ke atas barang yang tidak diperlukan. Jangan terkejut dengan result anda nanti jika dipenuhi dengan sesuatu yang hakikatnya tidak perlu dibelanjakan.

CATAT. Catat KESEMUA perbelanjaan anda. Berapa banyak yang anda belanjakan untuk makanan dalam tempoh seminggu? Barangan dapur, makan di luar, hiburan wayang, dates, tiket perlawanan bola sepak, buku sebagainya.

Itu tak termasuk lagi rokok yang anda bakar setiap hari.

Bagaimana pula dengan bills anda? Insurance, sewa, gym fees, parking, PTPTN, credit cards interest, shopping, online games, spotify, internet data dan sebagainya.

Anda mungkin akan terkejut dengan perbelanjaan anda. Apatah lagi ke atas perkara tidak perlu. Perkara-perkara kecil yang tidak penting kita belanjakan, bila ditambahkan semua perbelanjaan yang tidak perlu, jumlahnya sangat besar. Sebenarnya jumlah wang ini boleh disimpan di dalam tabung travel anda.

Anda perlu tahu di mana kewangan anda berada dan perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Perkara memang sedikit mengambil masa tetapi cuba sedaya baik supaya ianya menjadi sebahagian dari habit kehidupan kita.

3. Bajet mengikut kemampuan.

Dalam kes ini, ada 2 jenis bajet yang anda perlukan. Pertama, bajet untuk trip anda. Dan keduanya adalah bajet untuk kehidupan anda.

Pertama, anda kena buat research untuk mengetahui berapa kos trip anda. Kalau anda membuat kajian yang betul, anda boleh buat bajet travel serendah atau di bawah RM100 sahaja sehari.

Jumlah perbelanjaan adalah sangat bergantung dengan destinasi yang hendak dituju dan sejauh mana anda sanggup berjimat cermat di sepanjang perjalanan anda. Tetapi secara kasarnya, untuk perjalanan di sekitar South East Asia untuk tempoh 3 – 7 hari, saya selalu bajet perbelanjaan keseluruhan di bawah RM1,000. Maknanya, kalau hendak pergi sebulan, kena ada dalam account sekurangnya RM4,000 (jumlah keseluruhan mungkin lebih rendah dari ini). Ini adalah mengikut cara dan kesanggupan saya berjimat cermat.

Jika anda membuat research tentang penginapan dan harga tiket perjalanan, anda boleh control jumlah perbelanjaan perjalanan anda serendah mungkin. Dua perkara ini merupakan kos paling besar untuk perjalanan asas anda. Ingat, kos shopping itu tidak sama dengan kos asas kerana ianya sangat subjektif.

Bajet perlu dikira mengikut masa. Jika sekarang adalah bulan Januari dan trip anda nanti adalah di bulan September, untuk mencapai target RM1,000 (biar lebih sedikit, jangan cukup makan), anda perlu menyimpan sekurang RM125 sebulan. Perancangan awal sangat membantu anda dalam menyimpan duit.

Bajet yang efektif ini sebenarnya bukanlah perkara yang perlu dirisaukan. Tetapi ianya adalah sebaliknya. Jika anda mampu kawal duit dan kewangan anda, anda akan lebih berkeyakinan untuk mencapai matlamat anda dan malah akan lebih bersemangat untuk mencapainya.

4. Kurangkan perbelajaan yang tidak perlu.

Ambil sehelai kertas dan lukiskan garis vertical ditengahnya. Tulis di sebelah atas kiri kertas “Keperluan” dan disebelah yang satu lagi “Kehendak”.

Sekarang, tulis segala perbelanjaan anda termasuk kos di salah satu bahagian ini. Cuba sehabis baik untuk betul-betul telus dan jujur ketika mengasingkan perbelanjaan ini. Guna persoalan di tips nombor 1 di atas.

Lihat balik senarai tersebut. Berapa banyak di dalam senarai anda adalah sebenarnya barang yang anda benar-benar perlu? Mampukah anda menjalani perjalanan hidup anda tanpa berbelanja ke atas perkara tesebut?

Sesudah itu, jumlahkan kesemua kos untuk “Kehendak”. Seperti yang saya nyatakan di atas, inilah jumlah yang anda segera boleh kurangkan dan disalurkan ke simpanan anda. Banyak bukan?

Kalau mampu, cuba sedaya mungkin untuk terus tidak berbelanja ke atas perkara yang kita tidak perlu.

5. Buat kerja separuh masa, dropship atau bisnes sampingan 

Jana lebih banyak duit anda. Saya pernah travel tanpa menggunakan duit simpanan saya. Bukan sekali, tetapi berkali – kali. Saya buat bisnes sampingan dan hasil dari bisnes tersebut selain untuk simpanan, saya gunakan untuk travel. Lebih seronok travel dengan menggunakan punca rezeki yang lain kerana kita dapat merasa kepuasan setelah kepayahan.

Seperti yang dinyatakan di atas, ianya sangat bergantung kepada diri anda sendiri. Sejauh mana keinginan anda untuk travel. Disiplin diri untuk mencapai matlamat itu sangat penting. Percayalah, sekali anda sudah memulakan journey anda sebagai seorang traveller, pasti anda akan ketagihan dan mahu lagi. Dan ini pasti akan membangkitkan lagi semangat anda untuk berusaha lagi lebih bagi mencapai matlamat seterusnya. Kena ada matlamat, baru mudah kita untuk bergerak maju kehadapan.

Maka, mulakan dari sekarang. Jangan ditangguh. Ya, SEKARANG!

Pesanan terakhir

Sekiranya anda sudah memulakan perjalanan anda nanti, sentiasa ingat perkara ini, perkara jarang berlaku mengikut perancangan kita. Keupayaan anda untuk lebih fleksibel kepada perubahan saat akhir dan perkara yang tidak disangka adalah sangat kemahiran yang sangat penting sebagai seorang pengembara dan hidup.

Jangkakan kejutan dan penambahbaikkan di sepanjang perjalanan anda. Kehidupan memang sebegitu bukan?

Perkara ni tak perlu dirisaukan sangat. Anda telah komited untuk melakukannya. Anda pasti akan menjumpai jalan dan cara untuk mencapainya. Niat dan semangat kena ada. Perancangan anda itu perlu tetapi apa yang lebih penting adalah destinasi yang hendak dituju.

Best of luck and I hope to see you out there!