Singapore Trip 2019 Part 2 – Tips Di Universal Studios Singapore

Sekiranya anda belum membaca tentang trip ni dalam entri sebelumnya, anda boleh baca di entri Singapore Trip 2019 Part 1 dahulu.

Di hadapan Globe Universal Studios Singapore
Di hadapan Globe Universal Studios Singapore

Day 2

Hari kedua di Singapore adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh saya dan rakan saya. Masa untuk menggila di Universal Studios Singapore (USS)! Harga tiket masuk kami boleh rujuk di sini.

Sebelum memulakan perjalanan di Singapura, saya galakkan anda untuk menggunakan website gothere.sg kerana website ini akan membantu anda untuk menyemak cara terbaik untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam Singapura menggunakan public transport atau membawa kenderaan sendiri (selain menggunakna applikasi Waze). Saya juga double check dengan Google Map dan aplikasi Maps di dalam iOS iPhone. Cara terbaik bergerak dari hostel kami, Backpacker Cozy Corner Guesthouse yang terletak di North Bridge Road adalah dengan menaiki bas. Kami hanya perlu menunggu bas di hentian bas yang betul – betul terletak di sebelah hostel kami. Tak sampai 1 minit bergerak dari bilik ke hentian bas.

Hari kedua, kami mula mengaktifkan kad Tourist Pass kami. Memulakan perjalanan seawal pukul 7.15 am, kami menaiki bas bernombor 80 dan menuju ke VivoCity. Satu masalah tentang menaiki bas adalah, you know where to go and the name of the bus stop, but you don’t know when to press the bell. Melainkan anda familiar dengan jalan tersebut, tidak menjadi masalah. Di dalam website gothere.sg, memang ada tertulis berapa jumlah bus stop kita kena lalu sebelum sampai ke tempat kita patut berhenti. Tetapi ada risiko kita terlepas pandang hentian dalam kita buat kiraan tersebut. So, pepatah ada menyebut “Malu bertanya, sesat jalan”. Makanya kami pun meminta pertolongan bus driver untuk berhenti di VivoCity.

Bas memang berhenti betul-betul di hadapan VivoCity, sebuah shopping complex. Ada dua cara menggunakan public transport untuk ke Sentosa Island selain menggunakan taxi atau Grab; Sentosa Express Monorail atau menggunakan bas. Adalah diingatkan bahawa Tourist Pass tidak dapat digunakan untuk public transportation masuk ke Sentosa Island. Oleh hal yang demikian, kami memilih untuk menaiki Sentosa Express Monorail kerana lebih mudah dan cepat. Tiket kami dah tempah awal melalui aplikasi Klook. Harga boleh rujuk di entri part 1.

Masuk sahaja VivoCity, terus naik ke tingkat atas sekali untuk access ke  Sentosa Express Monorail. Pergi ke kaunter untuk redeem tiket. Hanya tunjuk sahaja tiket online yang terdapat di dalam aplikasi Klook dan mereka akan memberi physical ticket. Simpan tiket tersebut elok-elok kerana tiket yang diberikan adalah return ticket! Jaraknya cuma satu station sahaja iaitu berhenti di Waterfront Station, hanya beberapa minit dari Sentosa Station. Turun dari Waterfront Station, walllaaahhh sampai sudah Universal Studios!

Kami sampai tepat pada pukul 8 pagi. Kakak tak ikut sekali, jadi kami hanya berdua. Seorang lagi rakan kami akan ikut serta bersama dengan rakannya kemudian. Makanya kami bergambar terlebih dahulu di hadapan Universal Studios’ Globe! Orang tak ramai memang heaven mengambil gambar masa ini kerana tidak berebut spot untuk bergambar. Selesai bergambar, kami sarapan dahulu. Sarapan kami dah tapau siap-siap dari 7-eleven yang terletak di bangunan bersebelahan dengan hostel kami.

Lebih kurang pukul 9 am, orang sudah mula membanjiri pintu masuk USS. Kebanyakannya adalah rombongan yang menaiki bas. Kami pun mula berbaris di kaunter untuk membeli Express Pass. Kaunter tiket mula buka pada pukul 9 am.

Tepat jam 10 am, kami mula memasuki USS dan oleh kerana kami memiliki Express Pass, kami melalui laluan khas untuk pemegang Express Pass. Dan, pengembaraan kami pun bermula! Oleh kerana kami sangat kusyuk bermain, maka saya hanya update tips-tips penting sahaja ketika berada di USS. So, ini summary saya.

  1. Kami pergi pada hari Sabtu. Ketika itu, waktu operasi adalah dari pukul 10 am – 10 pm.
  2. Map boleh didapati di pintu masuk USS selepas anda melepasi turnstile. Ambil map dahulu untuk memudahkan pelan aktiviti anda.
  3. Express Pass juga ada dijual di bahagian dalam USS. Sila cari papan tanda kedai yang ada jual Express Pass.
  4. Kami berada di USS dari 8 am – 8 pm. Ada surau terletak berdekatan dengan Ride Human dan Cylon. Ada kemudahan berwudhu, tetapi telekung tidak disediakan.
  5. Tak boleh bawa makanan luar masuk USS. Mereka akan check beg. Tetapi ini terpulang pada nasib. Masa kami sampai, beg kami tak kena check. Tapi sebelum ini, beg sahabat kami kena check. So, it’s up to you if you wanna take some risk to bring food in!
  6. Sila bawa botol kosong untuk isi air. Di dalam USS ada banyak drinking fountainSo, boleh je refill air. Kena bawa tau. Sebab panas lit lit! 
  7. Toilet tidak sediakan air. Air hanya disediakan di sinki. Maka kena bawa botol kosong kalau mahu menggunakan toilet.
  8. Tidak semua kedai makanan di dalam USS mendapat pengiktirafan halal. Ada beberapa buah kedai mendapat pengiktirafan halal dan terdapat logo Halal Singapura di hadapan kedai. Boleh rujuk map. Ada tanda halal di hujung nama restoran.
  9. Makanan kat situ dalam belasan SGD. Portion dia agak besar. Boleh share. Kami beli saiz medium dan share 2 orang. Exited nak main, selera makan agak kurang. Cup minuman yang anda dapat dari restoran atau mana-mana kedai minuman, sila jangan buang. Nanti kalau nak beli air, harga dia lebih murah kalau refill berbanding dengan beli baru.
  10. Sila bawa payung atau topi. Jangan lupa, Singapore juga negara khatulistiwa. Bayangkan panasnya apabila matahari tegak di atas kepala.
  11. Bawa baju hujan. Ada permainan yang akan membuatkan anda basah. Kalau mahu beli di USS pun boleh, harga paling murah SGD5 (~ RM15).
  12. Locker ada disediakan. Permainan yang mewajibkan anda menyimpan barang di locker adalah percuma tetapi mempunyai had masa. Ada yang 45 minit, ada yang 90 minit dan sebagainya. Sekiranya melebihi had masa, locker anda akan dikenakan bayaran bermula dengan harga SGD4. Ada juga permainan yang sekadar menggalakkan anda menyimpan barang di locker kerana khuatir basah etc. Locker ini dikenakan bayaran dan tidak percuma. Kami bawa sahaja masuk sebab tidak wajib simpan. Cuma barang kami basah kerana terlupa bawa baju hujan.
  13. Dinasihatkan memakai kasut supaya nanti tak berkaki ayam bila menaiki ride yang tunggang terbalik.
  14. Untuk yang ada motion sickness dan mahu mencuba permainan yang agak lasak, adalah lebih baik dinasihatkan memakan pil mabuk. Kalau tak nak makan pil mabuk, mungkin kena berehat sebentar selepas ride yang lasak sebelum menaiki ride lasak yang lain.
  15. Kebanyakkan pengunjung datang dengan menggunakan bas secara rombongan. Kumpulan ini biasanya mula bergerak meninggalkan USS seawal pukul 5 pm – 6 pm. Sekiranya anda bercadang untuk mengikuti rombongan, sila rancang masa anda dengan baik jika mahu mencuba untuk bermain semua permainan. Adalah dinasihatkan untuk mengambil Express Pass bagi menjimatkan masa.
  16. Oleh kerana pengunjung sudah berkurangan seawal pukul 6 pm, barisan pada ride yang popular juga sudah menjadi semakin pendek. Sekiranya anda tidak memiliki Express Pass atau mahu mencuba menaikinya sekali lagi, waktu selepas pukul 6 pm hingga malam adalah waktu yang sesuai jika tidak mahu menunggu lama.
  17. Anda boleh juga guna Single Ride Lane. Lane ini juga pantas seperti Express Pass. Cuma, sekiranya anda datang bersama rakan, bersedia untuk berpisah dengan rakan anda. Kalau datang berseorangan, adalah lebih baik menggunakan Single Rider Lane.

Ini sahaja update saya untuk hari kedua saya berada di Singapura. Apa sahaja yang berlaku selepas pukul 8 pm hanya dapat saya rangkumkan sebagai PENAT YANG AMAT. Kami menaiki bas nombor 80 juga untuk pulang ke hostel tetapi berhenti di hadapan Bugis Street yang sangat popular. Hostel kami hanya terletak di jalan bersebelahan laluan tersebut.

Untuk hari ketiga, saya akan ceritakan di entri yang seterusnya. Saya harap tips saya ini banyak membantu anda! Jumpa di entri yang seterusnya!

FC76FADB-F6F0-492F-8CD5-7C8B04B9683F
Ride Human dan Cylon
F2ED966F-B53E-48C4-811B-05D10625E00C
Sekali sekala, character akan keluar. Ambil peluang untuk bergambar.
F11E4C37-75F7-45F6-9D0C-6FE118B0B3A3
Jangan lupa untuk bergambar sekali sekala.
CEC6F794-D702-4B6D-9239-A9F3D86861CF
Di bahagian Far Far Away, kami berjumpa dengan Pinocchio.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s