Singapore Trip 2019 Part 1

USS Entrance
Dihadapan pintu masuk Universal Studios Singapore.

Trip ke Singapore adalah trip yang tidak dirancang. Sekadar plan hujung minggu untuk melepaskan stress. Pada ketika itu, saya sangat sibuk dan plan saya serta rakan saya hanyalah berdasarkan research yang sangat sedikit. Keadaan ini telah membuatkan kami ‘main redah’ dan ianya merupakan pengalaman yang sangat menarik. Akan tetapi, ‘main redah’ ni ada risikonya; risiko terlebih berbelanja kerana banyak unexpected expenses. Tetapi bagi saya, ‘redah’ sahaja ini memberi pengalaman yang berharga kerana kita tidak strict kepada satu plan sahaja.

Kami merancang untuk pergi ke Singapore pada 1 Mac 2019. Asalnya hanya pergi berdua. Entah kenapa, kami merasakan untuk membawa lebih ramai lagi peserta kerana ianya boleh membantu mengurangkan kos. Maka, kami pun membawa seorang kakak yang berusia 52 tahun. Juga seorang kaki travel, cuma cara orang lama.

As usual, langkah pertama untuk travel adalah beli tiket perjalanan. Samada tiket penerbangan, tiket bas, keretapi atau sebagainya. Selagi tiket tak dibeli, alamatnya, plan hanyalah cerita di kedai kopi semata. It is traveller’s main rule. 

Pembelian Ticket Secara Online

Ketika itu AirAsia sedang membuat jualan tiket murah. So, tiket kami dari Kuching ke Singapore hanya berharga RM39 one way. Ini adalah harga basic tanpa luggage dan makanan. Perjalanan hanya memakan masa sejam lebih, so kami tidak memerlukan sebarang in flight meals. And of course kami sebagai backpacker, tak memerlukan sebarang luggage. Kakak pula membawa trolley suitcase yang dijadikan sebagai hand carry luggage. Disebabkan tiket perjalanan pulang dari Singapore ke Kuching agak mahal, kami memilih untuk pulang dari Johor Bahru (JB). Tiket perjalanan pulang dari JB pula hanya berharga RM69 seorang. So, total keseluruhan tiket kami adalah RM108 seorang. Murah bukan?

Untuk trip Singapore ini, main reason kami adalah untuk pergi ke Universal Studios Singapore (USS) dan melawat Garden by the Bay. Tempat lain kami senaraikan sebagai ‘kalau sempat’. So, entrance ticket basically kami beli di applikasi Klook dan Traveloka. Kami membuat comparison harga di banyak website dan applikasi sebelum akhirnya memilih kedua applikasi ini sebagai pilihan. Of course kami mencari discount code or coupon code terlebih dahulu. Ini adalah summary untuk pembelian tiket sebelum kami berangkat.

Flight Ticket (AirAsia Website) =  RM108

USS (Traveloka with discount code) = RM152.97

Garden by the Bay (Klook) = RM69 (tak sempat pakai discount code RM20 sebab dah expired. Ni cover Flower Dome dan Cloud Forest sahaja)

Sentosa Express Train = RM12 (member dapat unique code untuk dia seorang sahaja dapat discount RM12. So dia dapat tiket ni free. Sentosa Express Train tak boleh pakai Tourist Pass. So, memang kena beli asing. Sentosa Express ni adalah salah satu cara ke Sentosa Island selain menggunakan bas)

Kenapa Perlu Beli Express Pass di USS?

Yang lain-lain, kami beli di kaunter sahaja kerana lebih murah dan mudah. USS Express Pass kami beli di kaunter sebab lebih murah berbanding beli di applikasi. Cuma SGD 50 ~ RM151 sahaja. Kalau di applikasi, harganya paling murah kami jumpa adalah RM179 seorang. Nasihat saya, Express Pass itu sangat penting. Semasa saya pergi ke Universal Studios Japan, saya telah menghabiskan masa selama 3 jam lamanya untuk naik Fyling Dinsour. Rides yang famous memang cecah sejam lebih masa menunggu. Kalau dah bayar tiket masuk mahal-mahal, of course lah kita nak manfaatkan kesemua permaianan yang ada kan? Masa di USS, permainan Cylon, Human dan Transformers yang paling diminati ramai. Mengikut pengalaman saya, masa berbaris mencecah 1 jam lamanya. Namun ketika jam sudah menghampiri 6 pm, visitors semakin sedikit dan waiting time semakin pendek. Ini kerana kebanyakkan visitors datang secara rombongan menaiki bas dan mereka mula meninggalkan theme park seawal pukul 5 petang. So, kalau anda menaiki bas ke sini, adalah sangat penting anda memiliki pass ini kerana waktu anda adalah lebih singkat. Saya spend masa dari 10 am – 8 pm di USS. Jangan risau, ada surau berdekatan dengan ride Cylon. Tetapi surau ini tiada telekung. So, kena bawa telekung sendiri atau lebih senang, pakai je pakaian yang tutup aurat yang boleh bawak solat. Tinggal bawa stokin bersih je.

Day 1

Sebelum berlepas ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sebelum berlepas ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Flight dari Kuching ke Singapore berangkat pada pukul 5.25 petang kerana saya masih bekerja pada sebelah paginya dan memohon cuti separuh hari. Kami dijadualkan sampai ke Changi Airport pada pukul 7 pm, akan tetapi flight kami sampai awal 20 minit dan mencecah bumi Singapura pada pukul 6.40 pm. Sampai sahaja kami di airport, setelah selesai urursan immigration, kami sempat mengambil sedikit gambar kenangan kerana kami tiba di Changi Terminal 4, antara terminal terbaru di Changi Airport. Konsepnya adalah kehijauan. Tanpa membuang terlalu banyak masa di Terminal 4, kami terpaksa ke Terminal 2 kerana di situ terletaknya kaunter penjualan kad Tourist Pass. Untuk bergerak dari Terminal 4 ke Terminal 2, ada shuttle bus percuma disediakan. Cari tempat menunggu bas yang berada tidak jauh dari pintu keluar International Arrival. Sampai sahaja Terminal 2, Kaunter tersebut terletak di tingkat bawah Terminal 2, berdekatan dengan station MRT. So, ikut je arah ke station MRT. Kenapa kami pilih Tourist Pass dan bukan Ez Link card, kerana ianya lebih murah dan unlimited untuk keadaan kami yang banyak bergerak. Deposit untuk Ez Link adalah tidak dikembalikan manakala deposit Tourist Pass boleh dikembalikan di kaunter yang terpilih. Deposit untuk Tourist Pass adalah sebanyak SGD10.

Harga kad bermula dengan harga SGD10 untuk satu hari, SGD 16 untuk 2 hari dan SGD 20 untuk 3 hari. Kiraan hari bermula di saat kita scan untuk pertama kali kad secara berturutan hari dan akan tamat pada pukul 11.59 pm hari terakhir. Kalau scan pada pukul 10 pm, kiraan untuk hari pertama hanya tinggal 2 jam sahaja sebelum masuk hari kedua. Kami memilih untuk mengambil pakej 2 days pass. Hari pertama kami ingin mencuba menggunakan perkhidmatan Grab kerana kami bertiga dan kos boleh dibahagikan 3 (Yes, kos lebih mahal dari pakai Tourist Pass).

Terminal 4, Changi Airport, Singapore
Terminal 4, Changi Airport, Singapore

Setelah selesai pembelian Tourist Pass, kami terus memesan Grab untuk ke hostel kami, Backpacker Cozy Corner Guesthouse yang terletak di North Bridge Road, berhadapan dengan Bugis Junction. Dekat dengan Bugis MRT Station, Bugis Street dan Arab Street. Semuanya walking distance. Jumlah tambang Grab adalah SGD16.

Selepas check in, kami diberi selimut seorang satu. Kami terpaksa meminta diberikan tuala dan tuala adalah servis tambahan tetapi diberikan secara percuma. Toilet di luar bilik dan pintu dikunci secara automatic dan perlu scan card untuk membuka pintu. Kami rehat untuk beberapa minit sebelum memulakan langkah kami ke Arab Street. Perjalannya mengambil masa 5 – 7 minit jalan kaki sahaja. Diingatkan bahawa, di Singapore tidak boleh melintas jalan seperti tu sahaja. Kena ikut zebra crossing dan menunggu giliran untuk melintas jalan.

Di Arab Street inilah terletaknya Masjid Sultan. Terdapat banyak kedai makanan arab dan berasaskan konsep timur tengah. Range harga pun boleh tahan mahalnya. Ada juga beberapa kedai makan yang tidak terlalu mahal di bawah harga SGD10. Di seberang jalan Masjid Sultan terletak restoran yang popular iaitu Singapore Zam Zam dan Victory Restaurant. Kami tidak bercadang untuk makan di Arab Street, lalu kami memesan Grab untuk pergi ke Newton Food Centre dari Arab Street dengan kos sebanyak SGD10. Kalau nak naik MRT juga boleh, naik dari Bugis Station ke Newton Station. Di Newton Food Centre, ianya adalah pusat makanan laut dan di sinilah salah satu scene Crazy Rich Asian ketika mereka makan street food. Kat sini ada beberapa kedai halal. Boleh jumpa logo halal rasmi Singapura di hadapan kedai. Range harga makanan adalah serendah SGD4 – puluhan Dollar Singapura.

Selesai makan, kami terus bergerak balik ke hostel dengan menaiki Grab. Kos Grab adalah SGD15 tetapi saya redeemed Grab points dan mendapat diskaun sebanyak SGD5.

Tamatlah aktiviti hari pertama di Singapura. Saya akan sambung hari ke-2 dan ke-3 dalam entri seterusnya.

Advertisements